Wednesday, November 13, 2013

Tepisan Cinta Arjuna

panahan cinta ...panahan rambang. arah tuju panahan ikut angin. kene ke?


manis muka di pandang.rambut lurus kejung ikat belakang.jalan lenggang lenggok
ayat sumpah macam haram.perbualan takder yang sopan.

ape nk jadi ngan anak dara cik lina ne. haih geleng kepala mak beliau
dah la sorang jer.semoga tabah jantan di luar mengharungi perangai kau ne.

anak cik lina nama Tita tu sorang je la anak dara cik lina. a social butterfly
matang lebey dari umur.kenkadang datang gak perangai anak tunggal ne

macam gula, ade je semut ngikut kemana
dalam ramai2 semut yang mengekor, ramai yang cuba mencuri hati beliau
arjuna ne tak kene cara. kene pulak geng satu kampung la. abg angkat nak masuk line jugak
dalam masa seminggu, ade 4 lamaran bertalu. dalam semua jenis medium aplikasi telepon.

dalam masa 4 kali tu juga Tita kata Taknak!
faktor2 telah pon dikenalpasti. feedback dari itu ade yang maki. ada yang pasrah
tak lupa ade yang masih mahu mencuba

kata-kata kesat arjuna ditepis hebat. hah. amek kau

kalau setakat panahan cinta kau adelah secara rambang. ko boleh bawak encik cupid kau untuk latihan intensif. atau kau bunuh je cupid kau yg tak guna tuh

shield protector Tita kalis panah betul
adekah jalan lain untuk ke hati Tita?

Good Luck kepada Arjuna sekalian. semoga berjaya

*pesanan pihak penaja

you have to be true to yourself. tak salah mencuba. salah la tapi kau maki orang yang ngah kau nk try sebab tanak kau. kesungguhan kau ke laut. kau tau si Gadis ini boleh mempertimbangkan segala jenis lamaran kalau kau terus mencuba? ko gagal.sebab ko putus harapan. nafsu kuda jgn pakai sgt.



Thursday, August 1, 2013

Restu lah sangat

besar perbezaan antara restu dan takpelah-aku-balas-dendam nanti punye perangai
perangai khusus wanita.

dah lama dah si Murni ne tak berkenan ngan girlpren si Ajis. Anak bujang sulung beliau
selalu je die ne dengar kata
sejak bercinta.eeeehhhh die buat tak endah je Murni
takpe..takpe

setelah lama bercintan.si Ajis ne metila nk berbini. Lepas bagitau kat bonda tercinta.
ayat Murni. dah takde orang lain? dah 6 tahun baru tunjuk tak baper gemar nye

di sebabkan hati memasing kental. di teruskan jua perjuangan mahu bersama 
cinta itu milik kita kata Ajis kepada Julie

Murni datang. muka sikit takde senyum. riak muka tak suka itu sangat menebal. ape yang murni tak suka pon tak tau

pantang salah cakap, Julie jadi mangsa. perhatian kene lebih kat Mak kata Murni
tapi kehidupan berkeluarga. berkepit ngan mak senantiasa adalah perkara amat sukar buat Ajis.
berdoa je lah mereka supaya Murni lembut hati

bertahun berkahwin. Murni tak duk senang. pelbagai domba di buat ke Ajis.
Ajis mestila percaya kat mak dia. takkanla mak die nk tipu. tapi kenapa Julie nak halau mak mertuanya keluar rumah. siap hilangkan diri taknak dijumpai. 

Murni dan sindiket aku nk anak bujang aku kawen ngan orang lain semakin memuncak

sehinggalah mereka gaduh besar dan jalan terbaik buat mereka adalah berpisah

Julie belum lagi bersedia pikul tanggungjawab membesarkan anak seorang diri
dia baru sahaja bergelar mak kurang setahun lepas

Ajis mungkin lelaki dayus. Mungkin juga dia mangsa keadaan

Dalam diam si Murni ada sindiket lain. tapi restunya kau masa si Ajis bernikah dulu dan kemudian ko pisahkan mereka sebab ko mempunyai kebencian menebal. restu versi Murni ini membuat dua jiwa lara. 

Dalam akalnya perbuatan itu betul. syurga anak di bawah tapak kaki nya. Dia lupa. dia juga mestila menepati kriteria ibu dalam Mata yang Esa. 

DIA sahaja yang layak menentukan

*pesanan pihak penaja

Dugaan yang Maha Esa datang dalam pelbagai bentuk. Bila ada yang perangai khusus wanita sebegini.Tabah bukan lagi mantra wajib pakai. tapi ayat untuk menerukan kehidupan. semoga kau tak buat perkara yang sama kepada orang yang kau berkenan