Friday, January 3, 2014

Lamaran 2 hari

MASA. jangka hayat yang di tafsir mengikut keperluan


Selena ne single. Lama tak lama la. akibat bekas jantan lari pegi carik betina lain. ayat ne ayat marah. selalu Selena tak macam tuh. kalau ikut retis. Selena layak ngan Justin Bieber. Tapi Justin layak ke ngan Selena. ah..takkan nk carik retis uols. 

Terjumpa la Selena ini akan seorang Justin. tapi dia bukan Justin Bieber. Justin lain la kan.

dari perbualan.bertukar ke whatsapp.ke email ke fb.segala yang boleh digunakan untuk berhubung

timbul la rasa suka.minat.mungkin.mungkinla. payah nak minat lelaki ne. tambah pulak anak ikan nye umor

Selena ne sukakan cabaran..akan ditempuhi dengan penuh kecekalan. kali ini cabaran jangka pendek

perbualan di tengah malam ala sweet oleh Justin disulammi lamaran. Selena pulak da nak membuta

Will you be my other half kata Justin
will give you the answer when i wake up
i need it now please
when i wake up tegas selena. mengantok suda ke tahap cipan

Selena bangun. beliau lupa hendak balas sms. tangguh ke hari berikutnya

Selena pula menanyakan kembali tentang lamaran tersebut. Double confirm kan katenye

Justin kata about that....

dann perbualan seterusnya adalah perbalahan antara mereka yang tidak percaya bahawa lamaran itu hanya bertahan selama sehari dan sebab musabab kenapa lamaran itu adalah satu benda yang impulsive

kalau ikot dasar. ia adalah lamaran yang telah ditarik balik pada masa jawapan yang diber terlalu lama. 2 hari.

kena reject secara begini pon boleh pujuk hati Selena.

malam itu Justin minta maaf secara terbuka. 

Selena baca mesej. Lock handphone dan sambung tengok tv

Dia belum habes sakit jiwa dengan org sedemikian.

*Pesanan pihak penaja 

Dunia ini penuh dengan perkara diluar jangkaan. in short. surprises. ko mungkin akan suka atau kau mungkin akan terkesima. yang penting cara mengatasi perkara-perkara yang sedemikian. Jangan bunuh diri kalau jumpe jantan sebegini.

Wednesday, November 13, 2013

Tepisan Cinta Arjuna

panahan cinta ...panahan rambang. arah tuju panahan ikut angin. kene ke?


manis muka di pandang.rambut lurus kejung ikat belakang.jalan lenggang lenggok
ayat sumpah macam haram.perbualan takder yang sopan.

ape nk jadi ngan anak dara cik lina ne. haih geleng kepala mak beliau
dah la sorang jer.semoga tabah jantan di luar mengharungi perangai kau ne.

anak cik lina nama Tita tu sorang je la anak dara cik lina. a social butterfly
matang lebey dari umur.kenkadang datang gak perangai anak tunggal ne

macam gula, ade je semut ngikut kemana
dalam ramai2 semut yang mengekor, ramai yang cuba mencuri hati beliau
arjuna ne tak kene cara. kene pulak geng satu kampung la. abg angkat nak masuk line jugak
dalam masa seminggu, ade 4 lamaran bertalu. dalam semua jenis medium aplikasi telepon.

dalam masa 4 kali tu juga Tita kata Taknak!
faktor2 telah pon dikenalpasti. feedback dari itu ade yang maki. ada yang pasrah
tak lupa ade yang masih mahu mencuba

kata-kata kesat arjuna ditepis hebat. hah. amek kau

kalau setakat panahan cinta kau adelah secara rambang. ko boleh bawak encik cupid kau untuk latihan intensif. atau kau bunuh je cupid kau yg tak guna tuh

shield protector Tita kalis panah betul
adekah jalan lain untuk ke hati Tita?

Good Luck kepada Arjuna sekalian. semoga berjaya

*pesanan pihak penaja

you have to be true to yourself. tak salah mencuba. salah la tapi kau maki orang yang ngah kau nk try sebab tanak kau. kesungguhan kau ke laut. kau tau si Gadis ini boleh mempertimbangkan segala jenis lamaran kalau kau terus mencuba? ko gagal.sebab ko putus harapan. nafsu kuda jgn pakai sgt.



Thursday, August 1, 2013

Restu lah sangat

besar perbezaan antara restu dan takpelah-aku-balas-dendam nanti punye perangai
perangai khusus wanita.

dah lama dah si Murni ne tak berkenan ngan girlpren si Ajis. Anak bujang sulung beliau
selalu je die ne dengar kata
sejak bercinta.eeeehhhh die buat tak endah je Murni
takpe..takpe

setelah lama bercintan.si Ajis ne metila nk berbini. Lepas bagitau kat bonda tercinta.
ayat Murni. dah takde orang lain? dah 6 tahun baru tunjuk tak baper gemar nye

di sebabkan hati memasing kental. di teruskan jua perjuangan mahu bersama 
cinta itu milik kita kata Ajis kepada Julie

Murni datang. muka sikit takde senyum. riak muka tak suka itu sangat menebal. ape yang murni tak suka pon tak tau

pantang salah cakap, Julie jadi mangsa. perhatian kene lebih kat Mak kata Murni
tapi kehidupan berkeluarga. berkepit ngan mak senantiasa adalah perkara amat sukar buat Ajis.
berdoa je lah mereka supaya Murni lembut hati

bertahun berkahwin. Murni tak duk senang. pelbagai domba di buat ke Ajis.
Ajis mestila percaya kat mak dia. takkanla mak die nk tipu. tapi kenapa Julie nak halau mak mertuanya keluar rumah. siap hilangkan diri taknak dijumpai. 

Murni dan sindiket aku nk anak bujang aku kawen ngan orang lain semakin memuncak

sehinggalah mereka gaduh besar dan jalan terbaik buat mereka adalah berpisah

Julie belum lagi bersedia pikul tanggungjawab membesarkan anak seorang diri
dia baru sahaja bergelar mak kurang setahun lepas

Ajis mungkin lelaki dayus. Mungkin juga dia mangsa keadaan

Dalam diam si Murni ada sindiket lain. tapi restunya kau masa si Ajis bernikah dulu dan kemudian ko pisahkan mereka sebab ko mempunyai kebencian menebal. restu versi Murni ini membuat dua jiwa lara. 

Dalam akalnya perbuatan itu betul. syurga anak di bawah tapak kaki nya. Dia lupa. dia juga mestila menepati kriteria ibu dalam Mata yang Esa. 

DIA sahaja yang layak menentukan

*pesanan pihak penaja

Dugaan yang Maha Esa datang dalam pelbagai bentuk. Bila ada yang perangai khusus wanita sebegini.Tabah bukan lagi mantra wajib pakai. tapi ayat untuk menerukan kehidupan. semoga kau tak buat perkara yang sama kepada orang yang kau berkenan

Wednesday, September 19, 2012

hingga hujung nyawa

satu masalah ade beribu penyelesaian
beribu penyelesaian..ade satu saja hala tuju. TUHAN

julie balik selalu berbasikal bersorangan.ngah sedang die berangan ngan lagu nsync tak nampak pulak basikal depan die neh
kebabom.basikal berlanggar.(sound effect ala hollywood la uols)
maka terjatuhlah mereka berdua.

si julie da cium lumpur.mamat tuh da cium tanah merah
baju sekolah kaler2.mesti esok beli baru punye
rendam 8 hari belum tentu hilang

bangun dengan penuh amarah.ditenung lama si juli tuh
juli da terkebil2.matila kene maki ne
eh ko ne kan..si mamat naik suara.juli berdoa cepat dlm hati.
eh..ko ne kan..pegi balik.da mcm kerbau da ku tgk
balik!!! juli mengayuh basikal teresak-esak

dtg lagi 2 org kwn mamat.ko ne nape weh.baju kaler ne?
alah..jatuh td..jomla balik. si esah yg dtg kemudiannya buat muke pelik
esah si anak penghulu.

esoknye di sekolah.si juli tak berani nk keluar kelas time rehat
mau kene pukul ngan si mamat t
mamat pulak mmg dikenali ramai.tak kaki pukul.kaki rembat buah kt dusun pak penghulu
esah satu kelas.bajet diva.adoi...

mase rehat tu.mamat carik juli.ha...mane pompuan tuh.
juli duduk diam je kat atas kerusi
woi minah.aku nk ko bayar ganti rugi baju aku..paham?
aku takde duit la nk beli baju baru kau.lambat sikit boleh?seraya terketar.
ah..aku tak pedulik.esok lepas tusyen aku tunggu ko kt bandar
dtg sorang.ramai2 siap.

juli nangis lagi.hati tisu betul la die ne si esah mencebik.

esoknye si juli pegila beranikan diri jumpe.dtg si mamat.baju kemeja polo ngn jeans 
hensem pulok mamat neh dlm hati juli
mamat pulok cool gile.walhal neves.ane penah ajak pompuan dating
si juli senyum.mamat pon senyum
dari satu cerita ke satu cerita dari satu tempat ke satu tempat si mereka ini pegi
si esah pulak perhatikan je dr jauh.jeles tak pasal minah stalker ne

esok kt sekolah mula la die buat cerita.si mamat ngan si esah g dating
siap kene masuk bilik guru besar
mak abah kene dtg sekolah
balik tuh kejap je tak jumpe.esoknye dating balik.
sejak dr itu dendam si esah menggunung

hari berganti hari--tahun berganti tahun
da habes belajar sekolah menengah.sambung diploma.smbg degree
sampaila ketika mereka bersedia hendak hidup bersama
dendam esah masih lagi membara.dengar sahaja berita itu.esah terus bertindak

tak lama pastu, mamat tak kontek si juli lagi dah.asik berkepit ngan esah je.
pelik bin ajaib ne.padehal selalu je si mamat kutuk si esah.benci tahap dewa
cane lak boleh berlaku curang demikian
juli tak puas hati.berjumpelah beliau ngn pakcik yg pandai mengubat ne
kata pakcik juli.mamat da kene buatan si esah
sebab tu die asik suke si esah je

oh dem.hari2 juli berdoa agar die sembuh.mamat pulak hanyut.mangsa keadaan
sampailah mereka terpaksa putus.demi si mamat yg sukakan si esah
remuk jantung juli.tp di redhakan perpisahan itu
esah terlompat2 bile tahu mamat nk kawen dengannya
tapi die perasan.sakit mamat ne tak baik2.selalu penat.lesu.ckp sorang2.mata mcm hantu
aku da ckp ngan bomoh tu kasi suke kt aku sampai kawen
takkan die buat mende lain pulak

makanya.si mamat ne kawenla ngan si esah.seri muka mamat tak nampak langsung.dlm gambar.kelabu je
ah..biarlah kate esah.janji aku bahagia
lepas je die kawen.semua komunikasi ngan juli diputuskan
ckp hi pon tak boleh dah lah

mamat ade jugak tanye mane si juli.mcm2 alasan la si esah buat
tahun berganti lagi.sakit mamat makin teruk.kali ni meracau malam2
bawak la kesemua tempat yg ader untuk diubatkan
makanya tiada penyelesaian.si esah da gelisah.awat jd lagu ne
doa kawan2 tak putus2 supaya die cepat sembuh

satu ketika status fb beliau berbunyik.kepada sahabat mamat.minta maaf segala silap.halalkan makan minum.beliau sudah pon menemui ilahi pagi tadi.
juli yang sedang minum air masak tersedak membaca kisah demikian
teruslah die bergerak ke rumah mamat.sampai di sana.sikit pon tak tegur si esah walau si esah senyum dan bersalaman.muka esah.muka penuh penyesalan

di kebalkan hati si julie untuk tidak bersuara walau sedikit. hanya mahu mamat
didoakan agar roh ditempatkan di kalangan org beriman

*pesanan pihak penaja : aniaya orang.sendiri mendapat.nangis darah pon tak guna.

Tuesday, September 4, 2012

Memori Infiniti

tiada siapa boleh ramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan.ramalan cuaca pon selalu salah 

zafri dan sarah.kalau ikut cerita dorang ne da mcm dlm citer hindustan
kenal memang da lama.geng seronok zaman ketika dahulu
main mata pon da lama.tinggal mengaku suka je.
time nk mengaku suka tu la si sarah ade bf lain. bila da single teringat si zafri.
zafri pulak ade gf lain.
belum mase kita ne detik zafri ngn sarah

akan tetapi..jodoh mereka kuat.akhirnya..mereka bersama setelah sekian lama
jalan percintaan remaja belia mereka sgtlah suweet.
suweet ala gula batu untuk sakit tekak.penawar kepahitan

duduk la mereka berbincang akan masa depan yang mereka mahukan bersama
lepas berdating, balikla sarah kerumah karna mahu bekerja keesokan harinya
zafri keje tak ikut masa.maka sukahati beliaula nk balik jam berapa
setiap pagi si zafri akan mengejutkan puteri tercinta ini.beliau takdela morning person sgt.

hi syg...
hi kak sarah. zaidi ne. abang zaf 
kenapa zaidi...hati sarah da mula rasa tak sedap
abang zaf eksiden.masuk spital. die.....die 50-50
berderau jantung si Sarah. terus die mencapai tuala mandi, bersiap dan bergegas ke hospital
sesampainya di sana sudah ramai sahabat handai dan keluarga melawat
hendak di salam dan memberitahu status macam tak besh
belum sempat sarah cuba untuk memberitahu.dtg seorang gadis tinggi lampai memeluk ibunda
si ex yang meroyan nk kt Zaf. haish.minah ne nape laaaaa

Sarah buat rileks dan menunggu giliran utk masuk..doktor pulak ckp die ade infection.
dasar org degil.die masuk jugak dgn berbekalkan mask.terus kakak si zaf meroyan.menjerit maki hamun
kental si sarah.menangis dlm hati je
2 bulan Zaf terlantar di hospital demikian.Koma.ntah bile nk bgn
Sarah dah buat tempat itu da mcm rumah kedua. si ex yang meroyan tu pon ade sekali.hish.minah ne aku sula kang.nasib je la tanak buat drama.sebab mak si zaf kenal ko je kan.demm betul

dengan kebesaran Tuhan, Zaf sedar kembali. Zaf mengalami konkusi yang kuat di kepala
short term memory loss.hanya orang yg rapat sahaja dikenalinya.
die mula la sebut nama sorang2 yg ada dalam bilik. akhirnya die sebut nama Sarah dan senyum.
semua orang kaget.si ex meroyan da buat muka. Si Zaidi bersuara. Si Sarah ne gf abang mak. Mak zaf senyum.tp masih belum menerima

kemenangan dalam hati.YES! kata Sarah.
Zaf bukan mcm dahulu lagi.akibat hentakan kuat.beliau susah untuk bertutur.malah bangun.die hanya boleh baring, bukak mata dan tuturkan ayat sedikit2
pulangnya Zaf kerumah. Sarah masih lagi melawat
akan tetapi rumahnya yang jauh dan sarah yg bekerja. berhubung melalui telefon saja

bila Sarah datang melawat, Mak Zaf akan mengusik. 
Abang kenal tak ne sape? Kenal...ne gf abang..Sarah Hasyim
abang nk kawen ngan die tak? cepatla bangun
Nak jawab Zaf, Sarah senyum menangis dlm hati....

*pesanan pihak penaja : perkara selalu berlaku diluar jangkaan.hanya pegangan yang kukuh takkan kasi kau tumbang dan hancur.kekuatan inilah yang selalu di duga.semoga perjalanan hidup diberkati..

Friday, August 17, 2012

hati pentagon

manusia mang tak pernah puas ngn ape yg ader.keyword.better from.. bile plak nk sampai tahap best?

halim.anak kampung yg saujana mata memandang mempunyai skil berkata-kata sama macam puitis jalanan. apa saje yg halim cerita, sume pon org nk caya.tebu di tepi bibir.huh.atau minyak senyonyong kasi org tunduk.takpon susuk berlian. tipikal melayu yg PHD. sorry halim. cerita kau bikin tragis pada gadis ini.

gadis ini takdela nk kampung sgt.bandar sgt pon takder.ntah ape yg dia nampak kt halim ne pon tatau.baik sgt ke perangai? mcm singa jantan je.puuiiii

Halim.senang jatuh cinta ngan pompuan.ala saleh yaakob.kuota gf ikut ajaran islam.name pon gf takde ajaran islam sgtla.ye.gadis ini dimadu.bermadu.terpaksa telan madu. oleh kerana dia adalah seorang wanita yg kental. die rela.sebab dia no 1.Zu takdela happy sgt.tp memahami.

kuota no 2 bknnye sape pon.kwn satu opis.hati berdegup kencang.penumbuk da juga di sediakan.tah bidadari mane bisik.terus Zu buat rileks. kuota no 3 & 4 tah sape pulak. standard no 1.perhatian lebey la kt die. sebab tu Zu pindah dekat ngan uma si halim.halim da siapkan jadual dating.ahad utk diri sendiri.huh.tidak lah se innocent halim. ahad utk kuota no 5.ye 5!mereka sume pon tau dan redha.

sejak2 Zu pindah berdekatan ngn opis ne.selalu je halim dating ngan zu.siap ckp ngan kuota2 lain.i bz ngan kak long.......amboi...no 2 da meroyan bg msg bile nk jumpe.call setiap 5 saat.no 3 dan no 4 semacam tak masuk radar status gf.

sedang melepak melihat bulan.halim memegang tgn Zu... syg..i nak berubah
senyum je si Zu ne. i nk berubah.i tanak ramai2..lgla minah ne senyum.
I da penat jaga ramai2..Hati Zu da neves.
Halim merenung mukanya..dia tarik napas dalam dan berkata........i rasa baik kita putus je la.

oooooohhhhh...terdiam Zu.nk bg penumbuk ke penendang kata hati Zu.
aku da tak larat nk bermadu.ko bg harapan.skang ko kasi jatuh air muke aku
Zu bgn melangkah ke pintu depan.

KO BERAMBUS SKANG!

*pesanan pihak penaja : bile hati dan perasaan rela untuk dikongsi dengan segala pompuan yg kekurangan kasih syg, kene phm perangai jantan yang tak reti nk berlaku adil. memang ape yg dia akan buat sumenye pon tak adil la.kebahagiaan dtg dr dlm.kalau duk ngan jantan cengginih bahagia dunia akhirat silakan.agak2 mengundang aksi makan hati smpi mati jgn tnye la kenapa asik terpikir nk bunuh diri je.

Tuesday, August 14, 2012

kekasih gelap

bile orang in denial.orang akan mencipta satu dunia ilusi.omputih kate delusional.
bahaya kottttt

arif atau nama sebenar syarifah lame dah dtg ke bandar besar ne.
dpd dulu lagi mak die kompius nape anak dia pakai tak serupa gadis lain di kampung
da besor.pandaila..kate mak die.

naluri beliau pon berbeza la kan.,opposite attraction takder dlm ini plot
maka jatuhlah cinta beliau akan seorang gadis tinggi lampai 
kesah terjumpa masa ngah belajar dulu.

gadis tinggi lampai ini pulak mempunyai naluri yg lagi berbeza
gadis tersebut mempunyai pasangan selaku pasangan normal.

cinta bukan kenal org kan.maka mereka berdua menjalin ikatan yg murni
dengan kerelaan si arif. 
ada kala ros g dating ngan jantan tersebut.tp bila jantan tersebut bz maka arif menjadi teman setia.

tiada pula hubungan mereka dihidu walaupon laman sosial mereka aktif
bertahun hubungan murni ini terjalin sehingga beberapa bulan lepas.
si gadis mengotakan janji sehidup semati dengan......si jantan demikian

remuk hati arif. remuk lagi jari jemari memetik gitar kesayangan.
maka dialunkan lagu2 cinta mereka dahulu kala.

*pesanan pihak penaja : walaupun tiada undang2 bercinta dan manusia mmg dilahirkan tamak. sila pastikan perbuatan anda tu tak menyakiti org yg anda kata anda sayang. kerelaan dan kesabaran hati ada tarikh luput.